JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
KEPRIHATINAN DALAM MASYARAKAT - BERSAMAMU
GROUP 3
NAMA AHLI KUMPULAN:-
WAN WAJIHAH BT WAN LAZRI
CHE AMIRA SHAHIRAH BT CHE ROHAIZAD
IDA FARHANA MUHAINY BT MORBE
NURUL AIN BT HUZI
WAN EIZZATI BT WAN ISMAIL
NAMA PENSYARAH:-
PUAN NORAINI
KELAS: DKA 5B
Pendahuluan
Pada zaman dunia sedang menuju kemajuan yang amat
pesat, Malaysia turut sama sedang menuju kearah kemajuan negara untuk mencapai
wawasan 2020. Pelbagai kemajuan untuk negara telah dirangkakan dan bakal
dilaksanakan agar negara kita setanding dengan negara maju lain seperti Jepun
dan China. Namun begitu ketika negara diambang kemajuan, terdapat jugak cerita yang kurang enak telah meniti dari
bibir ke bibir golongan marhen tentang ketidakperhatinan dalam masyarakat yang
telah atau sedang berlaku. Lantaran itu,
senario ini telah merungsingkan segenap lapisan masyarakat memandangkan sikap
masyarakat yang memainkan peranan untuk melahirkan masyarakat yang berminda
kelas pertama.Sejak lima dasawarsa ini,
negara kita dilanda arus modenisasi yang begitu sempurna. Lantaran itu,hari ini
kita boleh mendabik dada dengan pembangunan pesat negara kita yang bagai belut
diketil ekor yang telah menempa beberapa kejayaan yang menjadi beberapa buah
mulut masyarakat sejagat sehingga maruah dan martabat roh bangsa Malaysia dapat
dijulang di arena antarabangsa. Misalnya, beberapa mercu tanda kejayaan bumi
bertuah kita seperti Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, dan
mutakhir ini Syeikh Muzaphar yang merupakan angkasawan Malaysia yang pertama
berjaya menjejakkan kaki ke stesen angkasawan telah mengharumkan nama Malaysia
di mata dunia. Di samping menobatkan imej bumi bertuah kita dipersada dunia.
Namun, sayang seribu kali sayang, disebalik kejayaan dan kemajuan negara kita,
kita telah dikejutkan oleh kejadian ketidakperhatian masyarakat yang telah atau
sedang berlaku. Fenomena ini bukan sahaja tidak pernah lekang dari bibir, malah
meniti subur dari bibir ke bibir ibarat barah yang melarat tidak kira di
parlimen ataupun di warung kopi.
Antara inisiatif yang telah dijalankan adalah program Bersamamu yang merupakan sebuah rancangan realiti berbentuk amal. Pengacaranya akan membawa penonton untuk meninjau keadaan insan-insan istimewa serta mereka-mereka yang kurang berkemampuan dalam meneruskan cabaran hidup. Program tersebut memaparkan penderitaan anggota masyarakat yang terpaksa mengharungi dugaan berganda dalam meneruskan kehidupan.Tujuan utama rancangan ini adalah untuk meringgankan beban mereka yang kesusahan dan ia tidak semestinya bantuan kewangan tetapi hal lain juga seperti biaya pengajian, rawatan perubatan ataupun tempat penginapan. Justeru itu, punca-punca berlakunya ketidakprihatinan dalam kalangan masyarakat tidak boleh dipandang rendah oleh pihak yang berkaitan.
Antara inisiatif yang telah dijalankan adalah program Bersamamu yang merupakan sebuah rancangan realiti berbentuk amal. Pengacaranya akan membawa penonton untuk meninjau keadaan insan-insan istimewa serta mereka-mereka yang kurang berkemampuan dalam meneruskan cabaran hidup. Program tersebut memaparkan penderitaan anggota masyarakat yang terpaksa mengharungi dugaan berganda dalam meneruskan kehidupan.Tujuan utama rancangan ini adalah untuk meringgankan beban mereka yang kesusahan dan ia tidak semestinya bantuan kewangan tetapi hal lain juga seperti biaya pengajian, rawatan perubatan ataupun tempat penginapan. Justeru itu, punca-punca berlakunya ketidakprihatinan dalam kalangan masyarakat tidak boleh dipandang rendah oleh pihak yang berkaitan.
Isi
Oleh sebab itu, antara punca ketidakperhatinan
masyarakat ialah, tidak wujud sifat membantu masyarakat. Sikap masyarakat yang
tidak mengambil berat antara satu sama lain, mementingkan diri sendiri.
Contohnya, jiran tetangga tidak cakna akan penduduk di kawasan persekitaran
mereka. Ada yang tidak mengenali jiran sebelah rumah mereka. Kita haruslah
mengambil berat akan penduduk di kawasan persekitaran walaupun mereka tiada
pertalian darah dengan kita. Sikap tidak bertanggungjawab ini yang menjadi
punca mengapa masyarakat marcapada tidak mempunyai sifat keprihatinan dalam
diri. Contohnya, golongan yang kurang bernasib baik di kawasan kampung
sepatutnya menerima perhatian sewajarnya seperti mereka yang berada di
institusi kebajikan.Terdapat pelbagai cara untuk membantu golongan kurang
bernasib baik ini. Antaranya adalah sumber kewangan, makanan dan pakaian serta
mereka juga perlu dibantu untuk berdikari melalui pelan jangka panjang.Pepatah
Cina mengatakan, lebih baik mengajar seseorang mendapat ikan daripada
memberinya ikan setiap hari.Jika kita mengajar seseorang cara mendapatkan ikan,
dia akan menguasai kemahiran mendapatkan ikan secara berdikari untuk jangka
masa yang panjang.
Dalam kesibukan mencari harta dunia, kita janganlah
lupa akan anak yatim dan insan yang memerlukan. Mereka tahu Islam
menggalakkan aktiviti sukarela ini, tetapi mereka tidak komited terhadap ilmu
tersebut. Dalam kata lain, mereka tahu ia dituntut tetapi tidak mahu
mengamalkannya. Selain itu, ketidak-aktifan oleh Islam yang tidak menggalakkan
penganutnya menghebohkan kebajikan yang dilakukan tetapi masyarakat telah
menyalahgunakan hal tersebut dengan menghebohkan kebajikan yang telah dilakukan. Masyarakat juga
telah mengabaikan anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin begitu sahaja dimana
mereka amat memerlukan pembelaan terhadap mereka Masyarakat seharusnya membantu
golongan yang memerlukan tidak kira melalui wang ringgit, pakaian, makanan,
minuman dan tempat tinggal. Hal ini dapat meringankan beban mereka walaupun
dengan sumbangan yang tidak seberapa nilainya.
Selain itu, masyarakat melayu begitu yakin dengan
hak-hak keistimewaan orang Melayu, mereka merasakan segala kebajikan orang melayu
itu akan dipelihara oleh kerajaan. Oleh sebab meraka merasakan tidak perlu
membantu bangsanya sendiri dan berasa kerajaan akan membantu golongan yang
tidak berkemampuan. Dengan adanya bantuan seperti bantuan rakyat 1 Malaysia,
zakat, sumbangan daripada NGO dan agensi-agensi yang berkenan secara tidak
langsung dapat meringankan beban mereka.
Oleh sebab itu, mereka tidak mengambil berat hal kebajikan golongan yang tidak
berkemampuan. Disamping itu, tiadanya pendedahan awal kepada
anak-anak tentang perlunya menyumbang kepada masyarakat mahupun tentang
kewujudan pertumbuhan kebajikan daripada ibu bapa. Hal ini menyebabkan
kurangnya ketidakperhatian dalam kalangan anak-anak. Pepatah melayu ada berkata
anak-anak umpama kain putih ibu bapa yang mencorakkanya. Ibu bapa seharusnya
memberikan pendedahan awal tentang sifat keprhatinan yang perlu diterapkan
dalam diri anak-anak seperti memberikan sumbangan kepada orang yang tidak
berkemampuan. Selain itu mengajar anak-anak agar bersedekah jika ternampak
golongan yang dalam kesusahan. Secara tidak langsung hal ini dapat mendidik
mereka mempunyai sifat prihatin terhadap persekitaran.
Seterusnya, faktor-faktor peribadi merujuk kepada diri
individu itu sendiri. Antaranya ialah seperti tiadanya rasa simpati pada
golongan yang memerlukan, sifat-sifat mementingkan diri, tidak mahu berjanji
untuk menyumbang kerana bimbang tidak dapat melaksanakan janji tersebut dan
seumpamanya.Faktor-faktor luaran pula, merujuk kepada tiadanya pendedahan, baik
kepada perlunya menyumbang kepada masyarakat, mahupun tentang kewujudan
pertumbuhan kebajikan.Mungkin juga wujud keadaan dimana, golongan masyarakat
ingin menyumbang tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menyumbang, kemana
hendak menyumbang, dan sebagainya.
Mahasiswa juga berperanan dalam memberi sumbangan
kepada masyarakat. Sebagai contohnya, menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti
CSR, kutipan derma, gotong-royong dan kempen membantu golongan yang susah.
Mahasiswa sangat aktif dalam media massa, mereka harus mengambil kesempatan ini
dengan memviralkan kehidupan orang yang memerlukan. “Pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara” merupakan satu slogan yang menunjukkan mahasiswa merupakan
ikon yang akan membentuk negara pada masa hadapan. Mereka merupakan harapan
negara. Sekiranya mereka tidak mengambil berat tentang perkara ini, maka siapa
lagi yang akan mewarisi sikap keprihatinan dalam masyarakat.
Antara punca-punca ketidakprihatinan dalam
kalangan masyarakat yang telah dan sedang berlaku adalah kerana masyarakat yang
kurang mengambil tahu tentang masyarakat yang kurang bernasib baik atau miskin
yang duduk dihujung hujung kampung. Masyarakat sewajarnya mengambil tahu
tentang masyarakat sekeliling maka dengan itu barulah mereka tahu akan
kewujudan golongan yang kurang bernasib baik. Ada
segelintir masyarakat yang menganggap golongan miskin ini adalah dikalangan
orang-orang pemalas disebabkan mereka sering mengharapkan pertolongan atau
bantuan dari pihak atau organisasi tertentu tanpa berusaha untuk memperbaiki
kehidupan menjadi lebih baik. Selain itu, masyarakat juga menganggap sebahagian
daripada peminta sedekah bukanlah tidak berupaya untuk berkerja tetapi mereka
mengambil langkah mudah untuk meraih simpati masyarakat.
Tiadanya sifat belas kasihan atau simpati
dalam diri masyarakat kerana mungkin mereka tidak merasai kesusahan dalam hidup
dan tidak berada ditempat golongan orang yang kurang berkemampuan tersebut.
Disamping itu, perbezaan taraf juga menjadi faktor utama dalam masalah ini
kerana mereka menganggap bahawa diri mereka berkuasa dan memandang rendah akan
golongan bawahan. Walhal, mereka tidak tahu bahawa Allah Maha adil bak kata
pepatah hidup ini ibarat roda, kadang kita diatas, kadang kita dibawah. Dari segi keadaan orang melayu yang terkial-kial memenuhi keperluan sendiri sehingga tiada masa untuk memenuhi keperluan orang lain, terdapat golongan yang berpendapatan rendah. Bagaimanapun terdapat warga kota yang akibat daripada kos hidup yang tinggi di bandar, mereka terpaksa mengambil kerja sambilan untuk memenuhi tuntutan hidup bagi mereka tentulah sukar untuk mencari masa untuk menyumbang.Kesedaran masyarakat tentang hari ini perlu dipertingkat untuk membantu keperluan golongan yang memerlukan dan bagaimana masyarakat boleh membantu.
Akhir sekali, penipuan siber oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab semakin berleluasa di negara ini menyebabkan masyarakat tidak
percaya akan agensi yang dapat membantu mereka. Penyalahgunaan media sosial
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini tidak sepatutnya berlaku dalam
kalangan masyarakat kerana akan memberi impak masyarakat yang sepatutnya
menerima bantuan. Kerajaan seharusnya memberikan hukuman kepada penyalahgunaan
siber ini.
Kesimpulan
Kebanyakkan manusia suka menghitung kepentingan diri
sendiri sebelum meninjau kepentingan orang lain.Kebiasaan sebeginilah yang
menjadikan seseorang itu tidak berlaku adil terhadap orang lain. Kita meminta
orang lain memenuhi keperluan kita tetapi kita enggan memberi sesuatu untuk
menyempurnakan kepentingan mereka.Keseimbangan dalam memenuhi keperluan diri
dan masyarakat sekitar hendaklah dipraktikkan dalam kegiatan hidup
seharian.Sekiranya sesebuah masyarakat itu berjaya mempraktikkan nilai-nilai
murni didalam kehidupan seharian mereka, sudah tentu negara akan dapat mewujudkan
sebuah masyarakat yang memberi perhatian sesama sendiri dalam apa jua keadaan. Catatan
sejarah membuktikan bahawa penghancuran tamadun mesir dan parsi adalah berpunca
dari kegagalan menanamkan nilai-nilai murni kepada generasi penyambung. Oleh
itu, setiap individu mesti memastikan perlaksanaan keprihatinan berjaya
melahirkan insan luhur yang mempunyai pegangan hidup yang mantap murni dan
bersepadu.
Rujukan
- sumber internet
- youtube
- keratan akhbar
l lampiran
No comments:
Post a Comment